ARTIKEL

Jentera GPS Puncak Borneo sedia bantu rakyat turun mengundi sekiranya hujan, banjir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BERCAKAP….Penyandang Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin (kanan) hadir ke majlis Jelajah Belia Mambong bersama Adun Mambong Datuk Dr Jerip Susil (tengah)

PADAWAN: Jentera Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Puncak Borneo sedia untuk membantu para pengundi melancarkan pergerakan sekiranya berlaku bencana alam seperti banjir dan hujan lebat menjelang hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), esok.

Calon GPS Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin berkata, pusat khidmatnya telah merancang pelan kontingensi dengan bantuan tenaga jentera daripada tiga Adun kawasan Tarat, Mambong, dan Serembu, bersama agensi penguat kuasa yang lain.

“Di peringkat pusat khidmat, kita telah menyediakan bot-bot yang akan dibantu oleh pasukan APM. Sekiranya berlaku banjir dan hujan lebat, jentera kita akan pergi ke tempat tersebut untuk menyelesaikan masalah dan membawa pengundi untuk keluar mengundi,” katanya ketika ditemui pemberita di majlis Jelajah Belia Mambong di Padang Tar Dewan Menggeng, Kampung Sungai Duuh, di sini, hari ini.

Justeru, beliau menyarankan agar pengundi turun mengundi pada awal pagi berikutan kawasan Puncak Borneo dijangka akan mengalami cuaca hujan pada sebelah petang.

Dalam perkembangan sama, beliau mengakui momentum GPS masih di tahap tinggi di kawasan Puncak Borneo setakat ini hasil kerja keras gerak kerja komponen dan jentera ketiga-tiga Adun.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

BERITA TERBARU