ARTIKEL

Jentera GPS Sadong Jaya dilancarkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SADONG JAYA: Majlis Pelancaran Jentera Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dewan Undangan Negeri (Dun) N.24 Sadong Jaya berlangsung pagi tadi bertempat di Dewan Perpaduan Kampung Semera Lot, Sadong Jaya.

Disempurnakan oleh penyandang kerusi Dun Sadong Jaya Ir Aidel Lariwoo, pelancaran tersebut membabitkan jentera Zon 1, 2 dan 3, manakala Zon 4 dan 5 akan diadakan esok.

Pelancaran program azali setiap kali menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) itu secara keseluruhan melibatkan lima zon.

Ir Aidel dalam ucapannya mengakui, peranan yang dimainkan tiga jentera utama termasuk pemuda dan wanita amat penting bagi melancarkan pelaksanaan program di Dun terbabit dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan diadakan bila-bila masa.

“Dengan pelancaran jentera ini, ia merupakan petanda bahawa kita sudah siap sedia untuk menghadapi PRN Ke-12,” tegas Ir Aidel lagi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU