Trending

Jentera parti perlu kekal bersatu, jangan dibuai kemenangan lalu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BINTULU: Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu Johnny Pang Leong Ming mengingatkan ahli parti agar tidak dibuai dengan kejayaan merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu dalam pilihan raya negeri ke-12 (PRN-12) lalu.

Malah, beliau mengingatkan kemenangan tipis 23 undi SUPP Bintulu yang bertanding atas tiket Gabungan Parti Sarawak (GPS) merupakan cabaran yang sangat sukar bagi parti itu untuk mempertahankan Tanjong Batu pada PRN akan datang.

Johnny Pang bersama-sama ahli SUPP Bintulu memotong kek simbolik meraikan ulang tahun ke-64 SUPP.

“PRN-12 yang lalu, kita hanya 23 undi di hadapan lawan kita, yang merupakan amaran kepada parti kita bahawa kita tidak boleh leka atau sombong.

“Hari ini rakyat memilih untuk memberi kita peluang, parti kita mesti memahami platform untuk berkhidmat kepada rakyat dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara,” katanya semasa berucap pada upacara ringkas menaikkan bendera sempena ulang tahun ke-64 parti itu di Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu di Bintulu Sentral, di sini.

Johnny Pang melaungkan slogan ‘Sa’ati’ usai upacara ringkas menaikkan bendera sempena ulang tahun ke-64 SUPP.

Tambah ADUN Tanjong Batu itu, ahli- ahli SUPP Bintulu mesti bersatu, nescaya mereka akan mempunyai keyakinan yang tidak dapat dipecahkan untuk menentang serangan luaran.

Justeru, beliau menggesa ahli SUPP Bintulu tidak kira Pergerakan Pemuda, Wanita dan Veteran untuk terus kekal bersatu serta berkhidmat kepada rakyat,

Selain itu katanya, perpaduan dalam parti juga amat penting agar parti kekal relevan.

Dalam aspek berkhidmat kepada rakyat, beliau memberitahu bahawa ia turut memberi imej serta menjaga nama baik parti agar rakyat terus mempercayai SUPP.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru