ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Jepun akan mansuh bantuan awam untuk rawatan COVID-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TOKYO: Kerajaan Jepun memutuskan untuk menamatkan subsidi untuk ubat-ubatan COVID-19 dan kemasukan ke hospital bulan depan, menurut media tempatan, lapor Xinhua.

Langkah itu menyebabkan pesakit perlu membayar sendiri rawatan COVID-19 pada kadar yang bergantung kepada pendapatan mereka, lapor Jiji Press pada Selasa, memetik pegawai kerajaan.

Kerajaan menampung sepenuhnya perbelanjaan untuk ubat-ubatan COVID-19 dengan dana awam sejak tahun 2021.

Subsidi itu kemudiannya dikurangkan pada Oktober lepas dengan pesakit perlu membayar antara 3,000 yen (kira-kira US$20) dan 9,000 yen bergantung kepada umur dan pendapatan mereka.

Di bawah pelan baharu itu, rawatan oral molnupiravir, untuk mencegah gejala serius COVID-19 akan dikenakan bayaran 90,000 yen bagi setiap preskripsi atau kira-kira 28,000 yen bagi mereka yang dilindungi oleh insurans awam.

Subsidi untuk kos hospitalisasi, yang kini ditetapkan pada 10,000 yen sebulan juga akan berakhir bulan depan.

Kerajaan juga akan membatalkan pembayaran kepada hospital besar yang menyediakan katil untuk pesakit COVID-19 dengan caj dikenakan dari 29,000 yen hingga 174,000 yen bergantung kepada keadaan jangkitan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Sukan Olimpik cipta peluang pekerjaan

PARIS: Sukan Olimpik Paris menetapkan piawaian baharu dan meningkatkan piawaian antarabangsa sedia ada dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar, menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC)

China tubuh Pusat Kajian Inisiatif Keselamatan Global

BEIJING, China: Majlis pelancaran Pusat Kajian Inisiatif Keselamatan Global (GSI) berlangsung di sini pada Khamis lepas serentak dengan penyiaran laporan tentang kemajuan pelaksanaan inisiatif tersebut.

BERITA TERBARU

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

Belematika pemesai reti turai sejarah Sarawak

SIBU: Pengerami ‘722 Run For Sarawak’ udah dikelala nyadi sebengkah pengerami ti besai reti nyerumba Hari Sarawak. Sapit Menteri Pengerai Mensia Mayuh, Pengawa Berumah enggau