ARTIKEL

Jepun bakal buka sempadan untuk __________ Isnin ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

TOKYO: Jepun bakal membuka semula sempadannya untuk pelancong perniagaan dan pelajar luar negara bermula Isnin, lapor Jiji Press.

Pelajar dan pelancong perniagaan boleh memasuki Jepun dengan syarat organisasi yang menjadi tuan rumah, seperti syarikat dan universiti perlu menguruskan kemasukan mereka.

Pengembara perniagaan jangka pendek yang merancang untuk tinggal sehingga tiga bulan hanya perlu menjalani kuarantin selama tiga hari dengan syarat mereka sudah menerima suntikan vaksin COVID-19. .

Sejak Januari, kerajaan telah mengehadkan kemasukan warga asing.

Komuniti perniagaan meminta kerajaan melonggarkan sekatan berikutan peningkatan liputan kadar vaksinasi dan situasi jangkitan dalam dan luar negara yang mula menunjukkan trend penurunan.

Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Seiji Kihara pada sidang media berkata kerajaan akan menyemak semula keberkesanan langkah pengurusan aktiviti warga asing dalam tahun ini, sebelum mempertimbangkan membuka semula sempadan kepada pelancong.

“Tetapi kita akan mengambil langkah sewajarnya jika keadaan bertambah buruk disebabkan penularan varian baharu atau sebab lain termasuk kemungkinan mengetatkan lagi sekatan jika perlu,” kata Kihara.

Pengembara perniagaan jangka pendek yang sudah divaksin akan dibenarkan keluar jika keputusan ujian saringan yang dibuat pada hari ketiga adalah negatif selain jadual aktiviti mereka mendapat kelulusan kerajaan.

Selain itu, pengembara perniagaan jangka panjang, pelajar dan pelatih teknikal akan dibenarkan memasuki Jepun dengan syarat mereka perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.

Tempoh tersebut akan dipendekkan kepada 10 hari jika menerima suntikan vaksin ditetapkan kerajaan, iaitu Pzer Inc., Moderna Inc. dan AstraZeneca PLC tidak termasuk vaksin dari China.

Buat masa ini Jepun juga akan mengekalkan had kemasukan harian warga asing seramai 3,500. — BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

Parti Megawati sedia jadi pembangkang

JAKARTA: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pada Khamis lalu, memberi isyarat ia mengambil peranan sebagai parti pembangkang kepada kerajaan masa depan, ketika calon presiden Prabowo

Mesir tolak penempatan penduduk Palestin

KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi pada Sabtu dengan tegas menolak sebarang penempatan warga Palestin ke negara itu, satu pendirian yang disokong oleh masyarakat antarabangsa,

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian