ARTIKEL

Jepun berdepan gelombang kesembilan COVID-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TOKYO: Jepun mungkin memasuki gelombang kesembilan jangkitan COVID-19 dan penting untuk melindungi rakyat terutamanya warga emas, kata pakar, lapor Kyodo News.

“Seiring dengan peningkatan interaksi antara individu, (kenaikan jangkitan) seperti yang dijangka,” kata Shigeru Omi kepada wartawan selepas bertemu dengan Perdana Menteri Fumio Kishida.

Pertemuan itu, antara lain bertujuan untuk membincangkan peningkatan jangkitan selepas kerajaan melonggarkan langkahlangkah pencegahan.

Beliau menekankan bahawa individu yang berisiko tinggi harus divaksinasi dengan vaksin COVID-19.

“Saya tidak pasti sama ada bilangan orang yang dijangkiti akan melebihi gelombang kelapan, tetapi kita perlu memberi tumpuan kepada mengurangkan bilangan kematian dan memastikan kesinambungan aktiviti sosial,” katanya.

Dalam gelombang kelapan, antara penghujung November dan penghujung Januari, negara itu mencatatkan jangkitan harian lebih dari 246,000 kes.

Menurut data terkini yang dikeluarkan pada Jumaat, purata pesakit dalam seminggu hingga 18 Jun ialah 5.60 meningkat daripada 5.11 minggu sebelumnya.

Purata kes di wilayah Okinawa sangat tinggi iaitu 28.74 di setiap kemudahan, yang menurut Omi ini disebabkan sistem penjagaan perubatan kurang mantap dan kadar vaksinasi yang rendah berbanding wilayah lain. – Bernama

BERITA LAIN

Empat maut dalam insiden tanah runtuh di Antipolo

MANILA: Kejadian tanah runtuh di bandar Antipolo, timur Manila meragut empat nyawa setakat ini, menurut jurucakap Pejabat Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Bandar Antipolo, Relly Bernardo

Budak 5 tahun dijangkiti selesema burung

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selsema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tujuh sejak

Singapura benarkan 16 serangga dimakan

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, “mealworm”, ulat

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP