ARTIKEL

Jepun cadang lanjut darurat selepas 31 Mei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

TOKYO: Kerajaan Jepun bercadang melanjutkan darurat COVID-19 di Tokyo, Osaka dan beberapa wilayah selepas 31 Mei berikutan jangkitan belum reda yang kini menjejaskan sistem perubatan negara itu.

Menurut sumber, satu cadangan sedang dibincangkan untuk sembilan wilayah diberi tarikh baharu sehingga 20 Jun, sama seperti Okinawa, yang diletakkan di bawah perisytiharan darurat pada Ahad.

Memetik laporan Kyodo News, sumber berkata, satu lagi tarikh adalah pada 13 Jun.

Perdana Menteri Yoshihide Suga akan memutuskan tempoh lanjutan dalam seminggu selepas meneliti data jangkitan baharu dan kapasiti hospital serta berunding dengan pakar kesihatan.

Seorang pegawai kanan mengatakan tempoh lanjutan berbeza mengikut keadaan di setiap wilayah.

Darurat ketiga Jepun berkuat kuasa di Tokyo, Osaka, Hyogo dan Kyoto pada 25 April, kemudian dilanjutkan dari tarikh akhir awal 11 Mei hingga 31 Mei.

Kawasan yang terjejas diperluas ke Aichi dan Fukuoka, dan sekali lagi ke Hokkaido, Okayama dan Hiroshima.

Daripada sembilan wilayah, Osaka dan Hyogo sudah merancang untuk memohon kerajaan melanjutkan keadaan darurat, menurut pegawai wilayah semalam.

Osaka akan memuktamadkan cadangan itu dalam pertemuan hari ini berdasarkan keadaan wabak semasa, dengan mempertimbangkan tekanan sistem perubatan. Hyogo pula akan membuat keputusan akhir minggu ini.

“Sistem perubatan berada dalam keadaan teruk. Kami perlu membuat keputusan selepas mempertimbangkannya,” kata Gabenor Osaka, Hirofumi Yoshimura kepada wartawan.

Osaka semalam mengesahkan 216 kes harian baharu, turun daripada 274 kes yang dicatat hari sebelumnya.

Walaupun kes jangkitan menurun, penggunaan katil pesakit COVID-19 di hospital mencatatkan lebih 80 peratus.

Hyogo melaporkan 86 jangkitan semalam, kali pertama jumlahnya jatuh di bawah 100 dalam tempoh sebulan setengah. Kadar penggunaan katil pesakit COVID-19 pula mencecah 77.4 peratus.

Gabenor Hyogo, Toshizo Ido menyatakan bahawa sukar untuk menamatkan darurat pada tarikh yang ditetapkan.

Perkembangan di wilayah barat Jepun terjadi ketika pusat vaksinasi COVID-19 yang dikendalikan negara itu dibuka di Tokyo dan Osaka bagi mempercepatkan program inokulasi dengan hanya tinggal dua bulan sebelum Sukan Olimpik. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

Parti Megawati sedia jadi pembangkang

JAKARTA: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pada Khamis lalu, memberi isyarat ia mengambil peranan sebagai parti pembangkang kepada kerajaan masa depan, ketika calon presiden Prabowo

Mesir tolak penempatan penduduk Palestin

KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi pada Sabtu dengan tegas menolak sebarang penempatan warga Palestin ke negara itu, satu pendirian yang disokong oleh masyarakat antarabangsa,

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian