Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Jepun juara Tenis Remaja Dunia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
JUARA…Barisan pemain Jepun merakam gambar bersama-sama tetamu jemputan selesai majlis penyampaian hadiah.

KUCHING: Pasukan Jepun berjaya merangkul gelaran juara dalam Kejohanan Tenis Remaja Dunia ITF Berpasukan Wanita Bawah 14 Tahun, pusingan akhir Asia/Oceania 2023.

Menewaskan pasukan Korea (2-0) pada aksi final yang berlangsung di gelanggang tenis, Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) hari ini.

Mata pertama negara matahari terbit itu disumbangkan pemain perseorangan utama, Kokona Ishii menerusi kemenangan (2-7, 7-6, 6-0) ke atas Jiyun Oh.

Disusuli kemenangan (6-2, 7-6) Hikari Yamamoto ke atas Yesung Choo untuk mata kedua Jepun.

Tempat ketiga milik Australia yang mudah menumpaskan Kazakhtan (2-0). Kedua-dua mata Australia disumbang dua pemain perseorangan utama, Koharu Nishikawa yang mudah menunpaskan Sabina Shukratova (6-1, 6-2).

Selain kemenangan (6-2, 6-1) dicatat Renee Alame ke atas Eva Korysheva untuk mata kedua Australia.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Presiden Lwan Tenis Malaysia (LTAM) Mirzan Mahathir dan Presiden SLTA, Datuk Patrick Liew.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru