ARTIKEL

Gambar hiasan Pixabay

Jepun mahu tubuhkan organisasi siasat kejadian UFO

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TOKYO: Penggubal undang-undang Jepun pada Selasa bertemu untuk mewujudkan kumpulan dwipartisan yang akan meminta kerajaan menubuhkan organisasi untuk menyiasat fenomena udara tidak dikenal pasti atau UAP yang juga dikenali sebagai UFO.

Jiji Press melaporkan bahawa kumpulan Ahli Parlimen itu akan dipengerusikan oleh Yasukazu Hamada, ketua hal ehwal Parlimen Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah.

Bekas Menteri Alam Sekitar, Shinjiro Koizumi, juga dari LDP akan bertindak sebagai setiausaha agung.

Kumpulan itu akan mengadakan mesyuarat agung penubuhannya pada 6 Jun selepas mesyuarat persediaan pada Selasa yang diadakan di badan legislatif Diet di Parlimen Jepun.

Kerajaan Amerika Syarikat juga telah menubuhkan sebuah organisasi khusus dalam Jabatan Pertahanan untuk menyiasat UAP.– BERNAMA-JIJI PRESS

BERITA LAIN

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual

BERITA TERBARU