Trending

Jepun rampas 700 kg dadah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

TOKYO: Pihak berkuasa Jepun merampas dadah sintetik seberat 700 kilogram (kg) di pelabuhan Tokyo, yang kedua terbesar dalam sejarah rampasan dadah sintetik negara itu, lapor Sputnik memetik media Jepun semalam.

Serbuk yang kemudian disahkan sebagai dadah sintetik itu ditemukan dalam kontena yang dihantar ke pelabuhan Tokyo menggunakan kapal kargo dari Emiriah Arab Bersatu melalui China dan dadah itu disorokkan di antara papan, lapor penyiar NHK.

Dadah itu dianggarkan bernilai 43 bilion yen (kirakira AS$400 juta) mengikut harga pasaran gelap, menurut laporan itu.

Empat warga China ditahan berkaitan kes itu, dengan sebuah organisasi jenayah antarabangsa dipercayai mendalangi kumpulan berkenaan.

Konsainan dadah terbesar yang dirampas di Jepun pernah dibuat pada 2019 dengan berat kargo berjumlah satu tan.

Pada 2022, sejumlah 290 kg dadah dirampas di Jepun yang turut menyaksikan seramai 170 orang ditahan. – Bernama-Sputnik

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru