ARTIKEL

Jepun umum kawal eksport peralatan cip

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Jepun mengenakan kawalan eksport ke atas peralatan pembuatan cip dan setiap produk yang dijual kepada China memerlukan kelulusan menteri.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Fumio Kishida mengetatkan kawalan eksport ke atas sekurang-kurangnya 23 barangan pembuatan semikonduktor berikutan peningkatan kebimbangan terhadap aspek keselamatan, lapor NHK.

Sehubungan itu eksport ke China atau destinasi lain yang tiada dalam senarai putih akan memerlukan kelulusan menteri perdagangan.

Kawalan baharu itu dijangka berkuat kuasa Julai.
“Langkah ini bertujuan menghalang pengalihan teknologi untuk kegunaan ketenteraan,” kata Menteri Perdagangan Jepun Nishimura Yasutoshi.

Jepun antara pengeluar utama peralatan pembuatan cip, lapor Agensi Anadolu.

“Kami mahu melaksanakan tanggungjawab kami kepada masyarakat antarabangsa sebagai sebuah negara dengan teknologi canggih. Dan kami mahu menyumbang kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa,” tambah Yasutoshi.

Keputusan Tokyo itu dilihat mengikut langkah AS yang turut mengenakan kawalan eksport cip ke China.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini,Washington mendapatkan kerjasama daripada Jepun dan Belanda dalam mengetatkan kawalan eksport ke atas teknologi pembuatan cip.

Awal bulan ini, kerajaan Belanda memaklumkan parlimen negara itu mempertimbangkan sekatan baharu ke atas eksport teknologi semikonduktor untuk melindungi keselamatan negara.

Bagaimanapun, kerajaan Jepun mahupun Belanda tidak secara terbuka menamakan China sebagai sasaran kawalan eksport mereka. – BERNAMA

BERITA LAIN

Misi dermaga terapung tamat

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) mengumumkan penamatan misi dermaga terapung pada Rabu, yang ditubuhkan untuk menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza. “Misi lonjakan maritim yang melibatkan

Gempa bumi kuat di Chile berukuran 7.3 magnitud

MOSCOW: Satu gempa bumi kuat berukuran 7.3 magnitud telah berlaku berhampiran bandar pelabuhan Antofagasta di utara Chile, lapor Sputnik. Menurut data dari Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean

Israel sekat bekalan minyak

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa pihak berkuasa Israel masih menghalang penghantaran minyak kepada petugas kemanusiaan, hingga menyukarkan pengagihan makanan di Semenanjung Gaza.

Terima peletakan jawatan Attal

PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron telah menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Gabriel Attal, namun memintanya untuk terus mengetuai kerajaan sementara sehingga pembentukan kerajaan baharu, menurut

BERITA TERBARU

Pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB

SELANGOR Red Giants (SRG) menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa e-sukan selepas menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport 4-2 dalam kejohanan Mid

Misi dermaga terapung tamat

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) mengumumkan penamatan misi dermaga terapung pada Rabu, yang ditubuhkan untuk menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza. “Misi lonjakan maritim yang melibatkan

Sasar nilai jualan RM400 juta

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarkan nilai jualan hampir RM400 juta daripada pelancaran lima produk bioteknologi oleh syarikat berstatus BioNexus dan Pemecut