ARTIKEL

GAUL... Abdul Karim (tengah) serta tetamu lain melakukan pelancaran simbolik Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS 2024 di Masjid Bandar Sri Aman, hari ini.

Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS ke-20 bakal dilaksanakan di 61 lokasi seluruh negeri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIMANGGANG: Jerayawara Bubur Lambuk Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) yang memasuki edisi ke-20 tahun ini bakal dilaksanakan di 61 lokasi.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata ini menunjukkan sambutan yang amat baik daripada SABERKAS peringkat cawangan.

BERUCAP… Abdul Karim berucap pada Majlis Pelancaran Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS 2024 di Masjid Bandar Sri Aman, hari ini.

“Pada tahun ini sebanyak 61 lokasi penganjuran Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS bakal dilaksanakan.

“Keadaan ini menunjukkan SABERKAS sangat mendapat tempat dan memainkan peranan cukup besar dalam kalangan masyarakat, khasnya dalam menggerakkan usaha dan program berbentuk kesukarelaan dan kebajikan,” katanya.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan itu berkata demikian semasa melancarkan Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS 2024 di Masjid Bandar Sri Aman, hari ini.

Beliau menyifatkan program ini cukup istimewa bagi SABERKAS dalam usaha berterusan mengimarahkan sambutan Ramadan setiap tahun.

“Tidak hairan program kali ini begitu dinanti-nantikan apabila SABERKAS telah menganjurkan program ini tanpa gagal sepanjang 19 tahun dan tahun ini memasuki edisi ke-20.

“Pastinya ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan untuk terus memperkukuhkan amalan bersedekah, mengeratkan perpaduan dan memupuk sikap saling membantu antara satu sama lain, khasnya setiap kali menjelang bulan Ramadan.

Baca lain  PEKEMA Sarawak sambut baik 1,000 AP untuk EV

“Juga, menariknya kali ini, pelancaran Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS 2024 diadakan sebagai program penutup sambutan Jubli Emas SABERKAS yang mula dilancarkan pada 19 Mac tahun lepas, telah genap setahun sambutan ini diadakan secara besar-besaran seluruh Sarawak,” ujarnya.

Tambah Karim, secara keseluruhan tahun ini diperuntukkan dana RM91,500 untuk memudahkan penganjuran program di semua SABERKAS cawangan.

“Setiap cawangan diperuntukkan dana RM1,500 berbanding RM1,000 sebelum ini.

“Kita ingin merakamkan penghargaan kepada pihak WEIDA Resources (Sarawak) Sdn Bhd yang sudi menjadi antara penyumbang bersama kepada penganjuran program bubur lambuk SABERKAS pada tahun ini.

“Pada tahun 2022, pihak WEIDA menyumbang dana sebanyak RM10,000, manakala bermula tahun lepas angka digandakan kepada RM20,000, dan tahun ini 2024, ia terus meningkat kepada sumbangan sebanyak RM30,000.

“Saya berharap lebih ramai pihak korporat tampil bersama SABERKAS dalam usaha mengimarahkan sambutan bulan Ramadan dan apa jua penganjuran program belia dan kemasyarakatan pada masa akan datang,” katanya.

Pada majlis tersebut, sebanyak 1,000 paket bubur lambuk diagihkan.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,