Jerebu berkurangan

KUCHING: Jerebu menunjukkan pengurangan setakat jam 4 petang ini, namun empat kawasan masih pada paras tidak sihat iaitu Sri Aman, Kuching, Samarahan dan Miri.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Indeks Pencemaran Udara (IPU) menurun dengan Sri Aman mencatatkan 199 manakala Kuching (116), Samarahan (125) dan Miri (103).

Kawasan lain yang turut terjejas dengan IPU paras sederhana ialah Sarikei (99), ILP Miri (98), Sibu (88), Mukah (78), Samalaju (92), Bintulu (76), Kapit (58) dan Limbang (73).

Bagaimanapun, lokasi tompok panas kini beralih ke kawasan Lundu pula selepas kebakaran hutan di Sri Aman dan Miri berjaya dipadamkan.

Terdapat dua tompok panas dikesan di Lundu dan 363 di Kalimantan, Indonesia.

Suara Sarawak