ARTIKEL

Jerebu di Sarawak pada paras sederhana

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kebanyakan kawasan di Sarawak mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) di bawah 100 menunjukkan keadaan sederhana setakat 10 pagi ini.

Berdasarkan maklumat dipaparkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU tertinggi 73 direkodkan di IPD Serian (MCAQM) diikuti Sri Aman iaitu 70.

Turut mencatatkan bacaan tertinggi ialah di Kuching iaitu IPU 69, Kota Samarahan catat IPU 66 dan Kapit merekodkan IPU 64.

Majoriti semua kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana manakala di ILP Miri, dan Mukah pula berada pada paras baik iaitu IPU di bawah 50.

Untuk rekod, bacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

LAIN-LAIN BERITA

TYT Sarawak bulih gelar Pehin Sri

KUCHING: Tuai Pemegai Menua (TYT) Nengeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar udah nerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak (S.B.S) ke

BERITA TERBARU

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah