Jerebu: Tiga penerbangan ke Sibu dilencong ke Miri

SIBU: Tiga pesawat membabitkan dua penerbangan AirAsia dari Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur dan penerbangan domestik MasWings dari Bintulu yang dijadual mendarat di Lapangan Terbang Sibu terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Miri akibat kesukaran mendarat berikutan keadaan cuaca berjerebu.

Perubahan jadual seterusnya membabitkan penerbangan lain bergantung kepada keadaan cuaca di Lapangan Terbang Sibu.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sibu dilaporkan pada tahap sangat tidak sihat iaitu 244 setakat jam 11 pagi ini dengan jarak penglihatan 0.8 km berbanding jarak normal 10 km.

 

Suara Sarawak