Trending

Jerenang Jawa terajui semula GRP

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PAKAN: Bekas pengerusi Gerempung Raban Pakan (GRP) Jerenang Jawa dilantik semula menerajui persatuan itu dalam Mesyuarat Agung Tahunan GRP, di sini, semalam.

Jerenang memegang tanggungjawab tersebut dalam tempoh 2023 hingga 2025.

Jawatan timbalan pengerusi disandang Dana Empading manakala, Enid Asin memikul tanggungjawab sebagai setiausaha dan dibantu timbalannya, Johny Banyang.

Sementara bendahari pula disandang Ngadan Unau, Robert Sylvester Meling (Timbalan Bendahari) manakala, Matthew Brundang (publisiti dan hal ehwal semasa).

Sehubungan itu, Jerenang menzahirkan penghargaan atas kepercayaan semua ahli GRP yang memberi sepenuh kepercayaan kepada beliau untuk menerajui semula jawatan berkenaan.

“Ini bukan satu tanggungjawab mudah, justeru saya mengharapkan kerjasama semua agar setiap aktiviti yang dirancang berjalan lancar seterusnya memberi manfaat kepada komuniti setempat.

“Dalam pada itu, saya juga menyeru semua ahli jawatankuasa yang dilantik agar memainkan peranan masing-masing dan bekerja sebagai satu pasukan,” ujarnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru