Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Jerip berdepan calon PSB, PBK, DAP dan Aspirasi di Dun Mambong

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

SERIAN: Kerusi Dun Mambong menyaksikan persaingan lima penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 yang akan diadakan pada 18 Disember ini.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang juga bekas penyandang Dun Mambong, Datuk Dr Jerip Susil ditentang Sanjan Daik, 61, dari Parti Sarawak Bersatu (PSB), Chang Hon Hiung, 57, dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), Chong Siew Hung, 45, dari Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) dan Joshua @ Katok Roman, 61, dari Parti Bumi Kenyalang (PBK).

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun Mambong, Ranum Bari mengumumkan pencalonan bagi kesemua calon pada jam 11 pagi di Pusat Penamaan Calon (PPC) Pejabat Daerah Kecil Siburan.

Beliau berkata, Jerip mengemukakan kertas penamaan pada jam 9.01 pagi diikuti Joshua pada jam 9.05 pagi, Sanjan pada jam 9.10 pagi, Siew Hung pada jam 9.15 pagi dan Hon Hiung pada jam 9.20 pagi.

Katanya, setelah menyemak kesemua kertas penamaan calon, tiada calon ditolak kertas penamaan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru