Trending

Jerman kekurangan ubat-ubatan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BERLIN: Sebanyak 1.5 juta penduduk Jerman kini terjejas akibat berlaku kekangan terhadap bekalan ubat-ubatan tertentu, kata North Rhine Chamber of Pharmacists pada Khamis.

“Adakalanya bekalan hampir habis dan antibiotik sangat terhad dan bekalan perlu disediakan dengan segera,” lapor Xinhua memetik pengerusi persatuan itu, Thomas Preis.

Di Jerman, 80 peratus daripada ubat generik yang murah, ubat yang patennya tamat tempoh. Ia semakin berkurangan,” menurut Preis.

Tahun lepas, terdapat kekurangan antibiotik yang teruk dan beberapa ubat untuk kanak-kanak, selepas gelombang jangkitan.

Menteri Kesihatan, Karl Lauterbach membincangkan situasi bekalan yang sukar itu dengan pakar perubatan, ahli farmasi dan industri farmaseutikal.

Sementara itu, Preis berkata tumpuan kini mesti diberikan kepada penjagaan pesakit. Beliau menekankan pentingnya bekalan ubat yang dipercayai, terutama untuk kanak-kanak. – Bernama-Xinhua

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru