ARTIKEL

Jerman lancar pelan tangani gelombang haba

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BERLIN: Jerman bakal melancarkan pelan pencegahan baharu untuk berdepan gelombang haba melampau yang dijangkakan berlaku pada musim panas ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menteri Kesihatan Karl Lauterbach berkata terdapat beribu-ribu kematian berkaitan haba setiap tahun yang bukan sahaja memberikan risiko kepada warga emas, tetapi juga wanita hamil, mereka yang menghidap penyakit kronik dan gelandangan.

“Ini bukan situasi yang boleh diterima, nyawa boleh diselamatkan jika negara itu mempunyai pelan perlindungan haba,” katanya pada Isnin.

Lauterbach akan mengadakan rundingan dengan wakil industri penjagaan, profesional perubatan dan pakar-pakar yang lain pada minggu ini.

Beliau berkata pelan itu merangkumi langkahlangkah pencegahan, termasuk amaran sebelum berlakunya gelombang haba, menerusi pemberitahuan di radio, televisyen dan telefon bimbit.

Portal dalam talian baharu telah pun dilancarkan, membolehkan majlis perbandaran memaklumkan kepada orang ramai mengenai langkah-langkah yang perlu diambil untuk melindungi diri.

Menurut Perikatan Perubahan Iklim dan Kesihatan, Persatuan Perubatan dan Majlis Kejururawatan, sejumlah 4,500 orang meninggal dunia akibat cuaca panas melampau pada 2022.

Pada 2018, terdapat sebanyak 8,700 kematian berkaitan dengan gelombang haba dilaporkan di Jerman. – Bernama

BERITA LAIN

Empat maut dalam insiden tanah runtuh di Antipolo

MANILA: Kejadian tanah runtuh di bandar Antipolo, timur Manila meragut empat nyawa setakat ini, menurut jurucakap Pejabat Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Bandar Antipolo, Relly Bernardo

Budak 5 tahun dijangkiti selesema burung

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selsema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tujuh sejak

Singapura benarkan 16 serangga dimakan

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, “mealworm”, ulat

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP