ARTIKEL

Jess bangga skuad skuasy muda raih perak di India

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Jurulatih skuad kebangsaan Jess Tay bangga dengan semangat juang yang ditunjukkan anak buahnya, yang meraih pingat perak di kejohanan Piala Dunia Skuasy 2023 di Chennai, India semalam.

Jess berkata skuad campuran negara yang dibarisi pemain muda, sedikit pun tidak menunjukkan kegoyahan menentang pasukan pilihan pertama Mesir, pada aksi final apabila melakukan beberapa percubaan berani kepada juara bertahan itu.

Malah pasukan Malaysia yang diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan, berjaya menewaskan pasukan tuan rumah yang menurunkan barisan terkuat mereka, pada aksi separuh akhir pada Jumaat (16 Jun).

“Saya masih tidak percaya kami dapat perak, sebab hanya sangka kita dapat gangsa. Namun semasa peringkat separuh akhir kita turut tewaskan pasukan hebat India, jadi saya sangat gembira.

“Pemain turun dengan tiada tekanan dan mereka benar-benar tampilkan aksi menarik dan berjaya melepasi halangan yang sukar,” katanya kepada Bernama semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam semalam.

Malaysia terlepas gelaran kejohanan Piala Dunia Skuasy 2023 selepas pasukan negara diwakili Yee Xin Ying, P. Darren Rahul, Aira Azman dan Ong Sai Hung, tumpas 1-2 kepada Mesir pada aksi final yang berlangsung di Express Avenue Mall semalam.

Kejohanan kali terakhir diadakan pada 2011 itu, menyaksikan Mesir turut meraih kejuaraan ketika itu apabila diwakili jaguh skuasy mereka iaitu Raneem El Welily, Ramy Ashour, Karim Darwish dan Mohamed ElShorbagy. – BERNAMA

BERITA LAIN

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

BERITA TERBARU

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar