ARTIKEL

Dr Abdul Rahman merakam kenangan bersama tetamu kehormat, ahli jawatankuasa surau dan para penerima bantuan. - Foto: Mohd Alif Noni

Jeti konkrit Kpg Sourabaya Hilir siap sepenuhnya pada suku ketiga 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Projek pembinaan jeti konkrit di Kampung Sourabaya Hilir dekat sini dijangka siap pada suku ketiga tahun ini.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, berkata projek tersebut dilaksanakan untuk menggantikan jambatan kayu yang sudah usang sejak dibina sekitar tahun 80-an.

Katanya, selain memberi manfaat kepada penduduk kampung, ia juga penting bagi program ‘Old Kuching Smart Heritage’ (OKSHE).

“Salah satu daripadanya adalah kita mahu membawa masuk pelancong ke Segi Tiga Emas. Kalau mereka hendak datang ke kawasan kampung kita, mereka boleh menggunakan jeti ini sekali gus dapat menerokai keunikan yang ada.

“Kemudian, mereka juga boleh bersiar-siar ke ‘English Tea House’, ‘Cascading Water Fountain’, Tiang Bendera Ibu Pertiwi, Jambatan Darul Hana dan banyak lagi tempat menarik yang lain,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan sempena program Ihsan Ramadan di Surau Al-Kornia Kampung Sourabaya Hilir di sini, hari ini.

Tambahnya, satu lagi projek iaitu pembinaan Pentas Warisan Kampung Sourabaya Hilir sudah siap 95 peratus dan dijangka siap sepenuhnya kira-kira dua minggu lagi.

“Projek tersebut dilaksanakan di bawah dana 2023 sebanyak RM200,000 sekali gus akan memanfaatkan kira-kira 600 ketua isi rumah (KIR) dari Kampung Sourabaya Ulu, Kampung Sourabaya Hilir, Kampung Gersik dan Kampung Boyan.

“Kita membina pentas terbuka kerana tidak mempunyai tanah untuk membina dewan serbaguna. Jadi apabila pentas siap nanti, masyarakat boleh menggunakannya untuk melaksanakan pelbagai aktiviti,” ujarnya.

Mengenai program tersebut, ia menyaksikan seramai 60 asnaf daripada Kampung Boyan, Kampung Gersik, Kampung Sourabaya Ulu dan Kampung Sourabaya Hilir menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Ia dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Pekerja-Pekerja Islam Sarawak Energy dan Pusat Khidmat ADUN Pantai Damai bersama Jawatankuasa Surau Al-Kornia Kampung Sourabaya Hilir.

Dr Abdul Rahman menyampaikan sumbangan sambil menyantuni seorang penerima. – Foto: Mohd Alif Noni

BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.