ARTIKEL

Najib (tengah) hadir bagi perbicaraan kes 1MBD di Mahkamah Tinggi hari ini.

Jho Low catur operasi 1MDB – saksi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, telah mencaturkan pengoperasian 1Malaysia Development Bhd (1MDB) walaupun tidak dilantik secara sah dan tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Penguasa Kanan Nur Aida Ariffin, 37, bersetuju dengan cadangan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak, tentang perkara tersebut ketika disoal balas semasa perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram bekas Perdana Menteri itu, membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Muhammad Shafee: Dalam pernyataan saksi, kamu katakan Jho Low yang caturkan. Apa yang dia catur?

Nur Aida: Jho Low yang mencaturkan pengoperasian 1MDB.

Muhammad Shafee: Jadi saya katakan kamu maksudkan Jho Low yang kawal segalanya.

Nur Aida: Betul.

Nur Aida juga bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa pada peringkat awal penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), Jho Low telah dilantik secara sah sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan beliau bukan dilantik oleh Najib.

Untuk rekod, TIA ditubuhkan pada 27 Februari 2009 sebagai entiti milik Kerajaan Negeri Terengganu dan kemudian dinamakan semula sebagai 1MDB pada 25 September tahun sama.

Nur Aida bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa tabiat bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, yang sentiasa mematuhi arahan Jho Low adalah disebabkan beliau pernah berkhidmat di syarikat perundingan Accenture dan syarikat ahli perniagaan itu, Utama Banking Group (UBG), pernah menjadi pelanggannya.

Muhammad Shafee: Walaupun Shahrol Azral memegang jawatan tinggi di Accenture tetapi kerana UBG adalah kliennya, dia sudah terbiasa ikut arahan daripada Jho Low.

Nur Aida: Betul.

Muhammad Shafee: Lihat apa yang berlaku dalam 1MDB, nampaknya tabiat Shahrol untuk mengambil arahan daripada Jho Low telah dibawa ke dalam 1MDB?

Nur Aida: Saya tidak setuju.

Muhammad Shafee: Shahrol sendiri yang cakap di mahkamah ini dia mengambil tindakan berdasarkan arahan Jho Low.

Nur Aida: Betul, (ini) disebabkan arahan Jho Low itu datang daripada Datuk Seri Najib bukanlah tabiatnya.

Sebelum ini, bekas pegawai khas Najib, iaitu Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, ketika memberikan kenyataan sebagai saksi pada 5 September 2019 berkata Jho Low melalui perspektifnya dilihat sebagai tuan boneka kerana beliau boleh memanipulasi sesiapa sahaja tanpa mengira status untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. – BERNAMA

BERITA LAIN

Kekalkan keamanan dan kestabilan politik – Tiong Sii

SARIKEI: Kestabilan kerajaan di bawah pentadbiran Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) membolehkan pelbagai agenda pembangunan berteraskan kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan. Timbalan Menteri Sumber Asli dan

Ibu Menteri Pendidikan meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ibu kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Datin Dr Siti Zalikhah Mohd Nor, meninggal dunia pada 9.30 pagi tadi. Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat

BERITA TERBARU