Trending

JHS manfaat teknologi, semai 71,602 benih guna dron

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PUNCAK BORNEO: Keluasan hutan negeri ini yang melebihi tujuh juta hektar serta kepelbagaian landskap geografi memerlukan Jabatan Hutan Sarawak (JHS) memanfaat teknologi terkini dalam pengurusan dan pemantauan sumbernya.

Pengarahnya Datuk Hamden Mohammad berkata, ia termasuk penggunaan teknologi penderiaan termaju seperti pengimejan dan peninjauan satelit, hiperspektral bawaan udara, teknologi pengesanan cahaya dan jarak (Lidar) dan dron.

“Teknologi dan alatan seperti ini membantu menyediakan data spatial yang tepat pada masanya untuk pemantauan dan perlindungan yang berkesan terhadap sumber berdasarkan panduan Pengurusan Hutan Lestari Sarawak.

“Antaranya manfaat yang berjaya diperoleh ialah penyemaian sebanyak 71,602 biji bebola benih di Hutan Komunal Lubok Ria, Hutan Simpan Sabal, dan Balingian yang merupakan kawasan bekas perlombongan melalui teknologi pembenihn dron.

“Usaha ini penting kerana kaedah penanaman pokok konvensional mempunyai beberapa batasan terutamanya di kawasan terpencil dan tidak boleh diakses dengan bentuk bumi yang sukar,” katanya.

Beliau berkata demikin pada Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2022 Peringkat Sarawak yang dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama katanya, dengan teknologi JHS juga telah meningkatkan operasi membanteras pembalakan haram di negeri ini bagi memastikan sumber hutan terpelihara dan tiada ketirisan dalam kutipan hasil.

“Ia dinamakan OP Rengas Pemantauan dan Pengawasan Berterusan (COMOS), iaitu pendekatan berasaskan teknologi digital yang dibangunkan secara dalaman pada Mei 2019 untuk memerangi pembalakan haram.

“COMOS menyediakan analisis data melalui pemerhatian satelit kepada pengesahan melalui udara dan rekod pemetaan sehingga penghantaran data masa nyata kepada pegawai berkaitan setiap hari untuk meliputi seluruh kawasan hutan khususnya di Kawasan Hutan Kekal (PFE),” tambahnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru