ARTIKEL

Jika anjur Sukan Komanwel 2026 guna fasiliti sedia ada

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Sekiranya Malaysia menerima tawaran penganjuran Sukan Komanwel 2026, ia disaran diadakan di negeri-negeri yang memiliki fasiliti sedia ada dan tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur.

Senator Datuk Hisamudin Yahaya berkata cadangan itu sekali gus dapat memanfaatkan fasiliti sedia ada tanpa perlu mengeluarkan peruntukan besar untuk membina stadium dan pusat sukan yang baharu.

Beliau berkata kerajaan juga disaran mengehadkan acara sukan yang dipertanding pada Sukan Komanwel 2026 itu dan tidak menolak tawaran Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) untuk menganjurkan sukan tersebut.

“Kalau tolak peluang yang ada ini, negara kita akan kerugian tetapi pada saya, kita boleh terima dengan syarat acara kita hadkan.

“Jadi untuk menyelamatkan Sukan Komanwel ini, kita kena ada semangat kerana kita antara negara Komanwel dan saya amat yakin jikalau mungkin daripada 21 acara, mungkin 18 acara dianjurkan bagi memastikan Sukan Komanwel ini berjalan di Malaysia menggunakan fasiliti yang ada,” katanya ketika mencelah kenyataan Senator A. Kesavadas pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara semalam.

Baca lain  Previu Liga Premier 2019: Baiki komunikasi

Terdahulu, Kesavadas mencadangkan supaya kerajaan menolak tawaran penganjuran Sukan Komanwel 2026 kerana keadaan ekonomi negara yang masih tidak mengizinkan ketika ini.

Beliau berkata penganjur Sukan Komanwel Birmingham 2022 di United Kingdom masih menanggung kerugian sebanyak RM4.6 bilion serta berharap Kementerian Belia dan Sukan mengambil iktibar dan menolak tawaran itu.

Media tempatan hari ini melaporkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memaklumkan kementerian itu mempertimbang cadangan untuk menjadi tuan rumah bersama Singapura bagi Sukan Komanwel 2026.

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel ialah pada 1998 dan Malaysia mendapat peluang untuk menganjurkan sukan berprestij itu pada 2026 selepas Victoria, Australia menarik diri.

CGF menawarkan Malaysia untuk menganjurkan sukan itu menggantikan Victoria dengan suntikan dana sebanyak 100 juta pound (RM602 juta).

Persidangan Dewan Negara bersambung hari ini.

-Bernama

BERITA LAIN

SUKMA XXI 2024: Tamparan hebat skuad tinju

KUCHING: Tamparan hebat buat skuad tinju negeri Sarawak dalam menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024. Kem kendalian Muhammad Helman Morni (ketua jurulatih) dan

Pelados juara tewaskan The Jang

PASUKAN Pelados dinobatkan sebagai juara Pertandingan Bola Raya Kampung Tuie Edisi 2024 selepas menewaskan pesaing utamanya, The Jang. Bergelar jaguh, pasukan dari Spaoh itu pulang

TMJ derma rumput jenis hibrid untuk SNBJ

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail akan mendermakan rumput jenis hibrid bagi kegunaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Menurut hantaran yang dimuat

BERITA TERBARU