ARTIKEL

Jika terlihat buaya semasa banjir, hubungi SFC segera bukan tularkan video

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Orang ramai perlu menghubungi Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) atau meminta bantuan pihak berkuasa jika terlihat kelibat buaya berdekatan kawasan kediaman mereka ketika banjir dan bukannya mengambil video serta menularkannya.
Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Zolkipli Mohamad Aton berkata ketika beberapa daerah di negeri ini dilanda banjir, perbuatan menularkan video tersebut boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk mengenai ancaman buaya semasa bencana.
“Jika mempunyai sebarang aduan mengenai ancaman buaya, orang ramai boleh menghubungi pihak Pengawal Hidupan Liar SFC di talian 019-885 9996 untuk Kuching, 019- 888 3561 (Sibu), 019-833 2737 (Bintulu) atau 019-829 0994 (Miri),” katanya kepada Bernama di sini, semalam.
Menurutnya dalam kes tular terbaru mengenai kemunculan buaya, SFC mendapati video tersebut adalah video lama yang disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab.
“Kita (SFC) ada menerima laporan orang ramai … ada yang mengatakan kejadian itu di Kampung Nombor 4, ada yang kata Kampung Nombor 5, di Petra Jaya dan di Lutong, Miri, maka kita pun mengarahkan pasukan ke tempat kejadian tetapi bila sampai di situ tiada apa-apa,” katanya.
Ketika beberapa daerah di negeri ini dilanda banjir susulan hujan lebat yang berpanjangan, beliau berkata kemungkinan buaya muncul di kawasan perkampungan atau perumahan yang dinaiki air boleh berlaku disebabkan ia cuba mencari sumber makanan serta mengelakkan daripada arus air sungai yang deras.
“Bila melihat kelibat buaya, jangan risau, buaya tidak akan terus menganggu manusia. Segeralah lapor kepada pihak SFC, kita akan meletakkan tanda bahaya di kawasan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penduduk mendekati kawasan itu,” katanya.
Zolkipli berkata krisis kehidupan antara manusia dan buaya sememangnya sudah lama wujud, namun manusia perlu belajar untuk menerima hubungan yang ‘harmoni’ tersebut sambil menjaga keselamatan diri.
Menurutnya SFC telah memulakan program 3M yang bermaksud Memahami, Mengenali dan Memulihara untuk mendidik masyarakat memahami dengan lebih baik bagaimana untuk menjalani kehidupan dengan kehadiran buaya.
“Buaya adalah haiwan liar dan tidak mungkin sesiapa dapat menjamin tiada buaya di dalam sungai. Itulah sebabnya ada pepatah ‘lubuk yang tenang jangan disangka tiada buaya’, ” katanya.
 

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

TYT terima kunjungan hormat Shell Malaysia

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Shell Malaysia, di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali

Sule jual kenderaan mewah 

PELAWAK Indonesia Sule, menjual kenderaan mewah miliknya yang terdiri daripada Ford Mustang, Porsche, Jeep Wrangler dan Mercedes Benz kerana tidak digunakan. Sule mengatakan dia menjual

Erat hubungan bersama komuniti

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri masih dirasai sempena Program Jiwa Madani bersama-sama Komuniti anjuran Ikmas di Dataran Ikmas, baru-baru ini. Program dihadiri tetamu jemputan khas iaitu Pengarah