ARTIKEL

Ng Jing Xuen | BERNAMA

Jing Xuen buat penampilan sulung pada Kejohanan Golf Maybank 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Pemain golf amatur Ng Jing Xuen akan menyertai atlet elit Alyaa Abdul Ghany, Natasha Andrea Oon dan Ashley Lau dalam Kejohanan Golf Maybank 2023 di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) di Bukit Kiara mulai 26-29 Okt depan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Khairussaleh Ramli berkata Jing Xuen membuat penampilan sulungnya dalam kejohanan itu, bertujuan untuk memartabatkan golf wanita di rantau ini dan memberi inspirasi kepada generasi pemain golf yang akan datang.

“Pada usia 15 tahun, Jing Xuen mencipta sejarah sebagai pemenang pingat emas pertama Malaysia dalam golf individu wanita pada Sukan SEA 2023, menamatkan penantian pingat emas selama 30 tahun negara dalam kategori ini.

“Dengan hasratnya untuk menjadi profesional dalam tempoh dua tahun akan datang, kehadirannya pada kejohanan yang mendapat restu Jelajah Persatuan Pemain Golf Profesional Wanita (LPGA) tahun ini menandakan satu kejayaan penting dalam kerjayanya yang semakin berkembang,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Baca lain  Lebih banyak pertandingan sukan elektronik dianjurkan

Kontinjen itu akan disokong dengan penampilan Olympian Kelly Tan yang akan beraksi di West Course yang berprestij KLGCC, seperti yang diumumkan sebelum ini.

Pencapaian terbaharu Kelly termasuk menamatkan saingan sebagai naib juara dalam Jemputan Dow Great Lakes Bay 2022 dan memenangi 2019 Florida’s Natural Charity Classic.

“Sebagai seorang veteran yang berpengalaman dalam bidang itu, Kelly muncul sebagai pemain yang dinanti-nantikan, bersedia untuk memberi inspirasi dan memimpin rakan-rakan pemain golf junior tempatan melalui teladan, menunjukkan seni penguasaan golf dengan sebaik-baiknya,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Bina legasi baharu badminton negara

SKUAD badminton lelaki negara diingatkan agar tidak terbuai dengan nostalgia kegemilangan lampau pasukan kebangsaan, sebaliknya cuba untuk melakar sejarah baharu dengan merangkul Piala Thomas 2024

BERITA TERBARU

Bina legasi baharu badminton negara

SKUAD badminton lelaki negara diingatkan agar tidak terbuai dengan nostalgia kegemilangan lampau pasukan kebangsaan, sebaliknya cuba untuk melakar sejarah baharu dengan merangkul Piala Thomas 2024

Premier Sarawak berada di Poland

POZNAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg bakal berucap sebagai ahli panel forum pada sesi ‘Debate Regions for the Planet’ di Poland