ARTIKEL

Jing Xuen idam tukar status profesional dua tahun lagi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERDANG: Permata sukan golf negara Ng Jing Xuen meletakkan sasaran untuk beralih status pemain amatur kepada profesional dalam tempoh dua tahun lagi.

Menurut Jing Xuen, tempoh tersebut akan digunakannya bagi menyertai pelbagai kejohanan di luar negara yang menjanjikan pengalaman berbeza serta saingan kompetitif.

 “Namun sasaran saya kejohanan itu ialah yang melibatkan negara Asia seperti Thailand, Jepun dan Taiwan.

Di situ saya berpeluang menimba pengalaman berharga dengan bertemu pemain berpengalaman.

“Ia dalam masa sama akan membantu mencapai sasaran saya bergelar pemain profesional apabila berumur 17 tahun,” katanya kepada pemberita pada Majlis Meraikan Skuad Golf Sukan SEA 2023 di Kelab Golf The Mines, di sini semalam.

Terdahulu, atlet berusia 15 tahun itu melakar sejarah apabila muncul pemain golf wanita pertama negara merangkul emas di Sukan SEA 2023 di Kemboja selepas mengungguli acara individu wanita diraikan pada majlis tersebut.

Majlis disempurnakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim dan dihadiri Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Jing Xuen dalam pada itu berharap lebih ramai pihak tampil memberikan sokongan serta bantuan penajaan dalam usaha beliau merealisasikan impian tersebut.

“Sekarang memang ada syarikat korporat yang menaja saya bagi menyertai kejohanan disertai, tetapi jika ada lebih banyak tajaan, saya mungkin boleh menyertai pelbagai kejohanan besar dan berprestij,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia meneruskan kemaraan dalam Terbuka Australia dengan bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan pemain Jepun

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu