ARTIKEL

Gambar Hiasan - Freepik.com

Jiran bertindak pantas halang lelaki culik kanak-kanak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Tindakan pantas jiran berjaya menghalang seorang lelaki yang cuba melarikan seorang kanak-kanak perempuan dalam satu kejadian di Jalan Lapangan Terbang di sini pada 11 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ashmon Bajah, berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 6.55 petang apabila mangsa, 8 tahun, sedang bermain di luar rumahnya.

Katanya, suspek berusia 30 tahun itu ditahan di tempat kejadian dan kereta Perodua Bezza yang digunakan suspek telah disita.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 365/511 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan melarikan orang yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika disabitkan kesalahan.

“Siasatan awal mendapati suspek merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) dengan masalah pembelajaran dan telah menjalani rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) sejak tahun 2001 untuk ‘Attention Deficit Hyperactive Disorder’ (ADHD).

“Suspek juga tidak mempunyai sebarang rekod lampau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahsmon berkata, suspek telah didakwa di Mahkamah Kuching pada 15 Mac lalu di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama.

Baca lain  Bina sekolah berpusat, wujudkan kualiti pendidikan setaraf

Katanya, mahkamah telah memerintahkan penahanan suspek di Hospital Sentosa bagi penilaian psikiatri.

“Kes akan disebut semula pada 22 April 2024 setelah laporan perubatan diterima,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Ahsmon berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching ingin mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang telah bertindak cekap dalam insiden ini dan ingin mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,