ARTIKEL

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang

JK HARMONI dan JAKIM adakan mesyuarat tergempar bincang polemik perkauman dan agama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK HARMONI) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan situasi polemik perkauman dan agama kebelakangan ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata langkah segera turut diambil demi menjamin keharmonian rakyat dan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar

Mereka turut mengutuk sekeras-kerasnya kesemua insiden polemik perkauman dan agama yang mengganggu-gugat keharmonian rakyat.

“Sejak beberapa minggu ini, negara terus-menerus dilanda pelbagai insiden berhubung sentiviti agama dan perkauman,
termasuk baru-baru ini melibatkan KK Mart di sini yang dilontar dengan bom petrol oleh individu-individu tidak bertanggungjawab.

“Pihak berkuasa, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM), perlu mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang melanggar undang-undang untuk dibawa ke muka pengadilan,” kata mereka dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah mereka, pihak yang terlibat perlu dihukum dengan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada semua pihak.

Baca lain  Hantar pasukan tentera ke Palestin perlu disepakati negara jiran -Anwar

Mereka turut memberi amaran tegas kepada kesemua individu agar tidak sama sekali mencetuskan polemik perkauman yang melampau sehingga mewujudkan ketegangan sosial dalam kalangan rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya di Malaysia.

Selain itu, kedua-dua menteri turut mengulangi pendirian dan menggesa agar semua pihak menjunjung
Perlembagaan Persekutuan dan tidak mencetuskan masalah dengan menyentuh sensitiviti agama.

“Masyarakat perlu sentiasa memupuk dan mengamalkan nilai-nilai hidup yang merupakan tanggungjawab setiap rakyat bagi melindungi serta mempertahankan kestabilan dan keselamatan negara daripada sebarang ancaman perbalahan, provokasi serta permusuhan,” kata mereka.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,