HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

JKDM berjaya rampas 33kg dadah sejak tahun lalu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Pemangku Pengarah JKDM Sarawak Mohd Nadzri Ariffin bercakap pada sidang media di Wisma Kastam, di sini hari ini. - Foto Ramidi Subari
Pemangku Pengarah JKDM Sarawak Mohd Nadzri Ariffin bercakap pada sidang media di Wisma Kastam, di sini hari ini. – Foto Ramidi Subari

KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya merampas lebih 33 kilogram dadah dianggarkan bernilai RM1.120 juta pada tahun lepas.

Pemangku Pengarah JKDM Sarawak Mohd Nadzri Ariffin berkata ia hasil daripada 13 kes tangkapan, yang terdiri daripada Methampethamine, ganja dan Ketamin serta 10,046 biji pil.

“Seramai lima individu warga tempatan terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita turut ditahan,” katanya pada sidang media di Wisma Kastam, di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat berkaitan sebarang jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain.

“Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi kehilangan hasil, malah ia turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Mohd Nadzri menambah maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua
negeri.

Katanya, JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru