JKDM sekat cubaan membawa masuk 430 karton mercun dan bunga api

BINTULU: Sebanyak 430 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama ditemui di dalam sebuah kontena yang telah diimport dari China di Stor Penguatkuasaan Pelabuhan Bintulu, Jumaat lalu.

Kesemua barang seberat kira-kira 7.715 tan dikesan hasil pemeriksaan yang dilakukan pasukan Cawangan Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak di lokasi sekitar jam 11 pagi.

Mengesahkan kejadian, Pengarah JKDM Sarawak Herman Shah Abdullah berkata kesemua barangan terbabit dianggarkan bernilai RM51,930 manakala anggaran jumlah duti dan cukai RM33,754 telah disita untuk tindakan lanjut.

Dedahnya, tangkapan itu merupakan kes kedua yang ditahan melibatkan pengimportan melalui Pelabuhan Bintulu.

“Barangan kes yang di ikrar di dalam borang import(K1) didapati tidak sama seperti mana yang diperiksa dalam kontena tersebut.

“Mercun dan bunga api di campur bersama dengan barang-barang yang diluluskan di dalam lesen Import dengan tujuan untuk mengelirukan dan mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suara Sarawak