ARTIKEL

JKKK disaran berdikari cari alternatif tampung kos pelaksanaan pembangunan rumah panjang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) disaran agar tidak terlalu bergantung dan berharap kepada geran kerajaan semata-mata untuk menjayakan projek pembangunan di kawasan penempatan mereka.

Sebaliknya kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom pihak terbabit perlu berdikari dan berusaha mencari alternatif sendiri bagi menampung kos pelaksanaan pembangunan rumah panjang masing-masing.

Dr Stephen Rundi menyerahkan papan tanda Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak(PPRMS) Fasa 2 kepada Ketua Kaum RPR Segawan, Tang Mei Ling.

Ini katanya, bagi memberi peluang kepada jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung lain yang belum menerima geran kerajaan khususnya projek kecil luar bandar (MRP).

“Sebenarnya peruntukan (MRP) ini digunakan untuk membangunkan masyarakat kita, kalau kita hanya membangunkan secara fizikal misalnya membina rumah ini, kita tidak dapat membangun.

“Jadi jangan bergantung 100 peratus kepada geran peruntukan daripada wakil rakyat, anda (JKKK) sendiri perlu berusaha mencari sumber, kalau boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis ringkas penyerahan geran MRP Fasa 1 2023 dan PPRMS Fasa 2 bagi  DUN  Kemena di bilik mesyuarat Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu, di sini.

Rundi yang juga ADUN Kemena turut menyaran JKKK untuk berbincang dengan ‘anembiak’ di rumah panjang masing- masing untuk mendengar suara majoriti mengenai kegunaan geran peruntukan yang diterima.

Pada majlis itu, Rundi menyerah geran MRP kepada 26 penerima mewakili jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung(JKKK), badan bukan kerajaan (NGO), kelab dan persatuan serta geran PPRMS kepada 13  rumah panjang di DUN  Kemena membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM939,977.00.

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

BERITA TERBARU