JKM Bahagian Bintulu agih bantuan makanan kering kepada penghuni kuarters IPG Kidurong

BINTULU: Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu mengagihkan bantuan makanan kering kepada 34 Ketua Isi Rumah (KIR) Kuarters Institusi Pendidikan Guru (IPG) Kidurong yang dikenakan sekatan pergerakan penuh ekoran terdapat kes  positif Covid-19 di kawasan itu.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu, Taddy Ajin berkata bantuan makanan kering itu adalah untuk tempoh masa dua minggu atau sehingga tamat sekatan pergerakan penuh yang bermula 11 hingga 24 Februari ini.

Beliau berkata pengagihan makanan itu bagi membantu menyediakan makanan asas kepada mereka yang terlibat.

Pada masa yang sama, beliau  berharap penghuni di kuarters berkenaan sabar dan tetap bertenang dalam mendepani musibah sekali gus mematuhi arahan serta prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu dan Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu.

Dalam pada itu, Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu akan menjalankan pengesanan secara aktif di kawasan terbabit pada hari kedua dan ke sepuluh ke atas seluruh penghuni kuarters IPG Kidurong.

Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu mengagihkan bantuan makanan kering kepada penghuni kuarters IPG Kidurong

Suara Sarawak