ARTIKEL

JKM hulur sumbangan kepada golongan memerlukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 100 orang daripada golongan memerlukan menerima sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam Majlis Sejambak Kasih Tahun Baru Cina 2022 di Tokong Heng Hua Seng Ing Tong, di sini, hari ini.

Sumbangan disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Justeru, Fatimah berkata program itu adalah inisiatif kerajaan untuk meringankan beban serta menceriakan penerima bantuan sempena menyambut Tahun Baru Cina.

“Ini untuk membantu meningkatkan kualiti hidup dalam kalangan keluarga yang kurang berkemampuan,” katanya.

Menurut Fatimah, seramai 6,106 orang di seluruh Sarawak telah mendapat sumbangan berkenaan, dengan di Kuching sahaja seramai 2,814 orang.

Katanya semua penerima mendapat hamper berupa barangan keperluan seperti beras, minyak masak, telur dan keperluan harian lain.

“Semua penerima turut menerima wang tunai sebanyak RM100 daripada JKM,” katanya.

SUMBANGAN… Fatimah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima yang merupakan golongan kelainan upaya (OKU) pada Majlis Sejambak Kasih Tahun Baru Cina 2022 di Tokong Heng Hua Seng Ing Tong, di sini, hari ini.

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU