JKM Mukah siap sedia penempatan sementara mangsa banjir

MATU: Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Mukah kini bersedia sepenuhnya apabila sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Suarah Pejabat Daerah Matu kini telah dilengkapi dengan 40 khemah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Menurut Pegawai Daerah Matu Wan Hipni Wan Mohamad pihak jabatan kebajikan masyarakat telah menyediakan awal khemah khas apabila ada mangsa banjir di sekitar Matu akan berpindah ke PPS tersebut.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian , Haslinda Suku.

“Dewan ini boleh memuatkan seramai 250 orang iaitu separuh daripada jumlah asal kapasiti Dewan Suarah ini.
“Untuk itu juga kita telah membekalkan bantuan makanan kering kepada 29 buah kampung di seluruh Daerah Matu, yang terjejas banjir ini,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak hari ini.
Jelasnya lagi bantuan makanan untuk tempoh seminggu itu juga akan disampaikan kepada lebih 14,000 orang penduduk kampung di kawasan Matu.
“Sekiranya berlaku bencana banjir ini berterusan kita akan membuat lagi penambahan untuk tempoh seminggu dan ini bergantung daripada keputusan Jawatankuasa Bencana Daerah Matu.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Mukah Haslinda Suku turut menambah sekiranya ada penduduk kampung yang belum lagi mendapat bantuan untuk tempoh ini mereka boleh datang ke pejabat daerah untuk membuat pelaporan.
Setakat ini kita di pejabat kebajikan masyarakat akan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas, ,
“Laporan tersebut akan diajukan kepada pihak kami dan kita akan memohon kepada kelulusan Jawatankuasa Bencana Daerah Matu untuk membantu, selain kita juga berharap agar tiada mangsa yang tiada mendapat bantuan di Daerah Matu ini,” katanya lagi.
Manakala secara umumnya untuk bahagian Mukah bagi tempoh ini Haslinda menjelaskan JKM kini telah menyediakan dua tempat PPS iaitu satu di Dalat dan Matu.
Sehingga petang ini sejumlah 500 bungkusan makanan untuk tempoh awal kini telah hantar kepada penduduk di Sekaan Besar secara berperingkat dan agihan dibantu oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) Matu.
Dalam pada itu Adun Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya turut membuat tinjauan ke dewan berkenaan bagi melihat perkembangan berkenaan.
Juanda meninjau perkembangan terkini PPS di Dewan Suarah Mat

Suara Sarawak