Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

JKM Sarawak sedia bantu kawasan terjejas air

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Datuk Seri Fatimah Abdullah

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak bersedia untuk menghantar bantuan bekalan air ke kawasan yang terjejas susulan cuaca panas dan kering ketika ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, JKM akan menyediakan air minuman di dalam botol untuk kawasan yang tidak mempunyai bekalan air paip atau yang masih bergantung dengan tadahan air hujan.

“Ini adalah cabaran yang berlaku di luar bandar, apabila musim kemarau penduduk di kawasan tersebut sukar mendapatkan bekalan air bersih untuk kegunaan memasak dan minum. 

“Justeru, JKM akan membantu dengan menghantar bekalan air botol kepada mereka. Kita juga menggunakan formula tersendiri iaitu bekalan air diberikan bergantung kepada satu keluarga atau pintu bilik di rumah panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri di Majma Mall, di sini, semalam.

Sementara, laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kabong menunjukkan bahawa terdapat beberapa kawasan di Kampung Perpat Kabong yang sudah menerima bekalan air dari JKM pada 16 April lalu.

Baca lain  Koperasi komuniti India pertama ditubuhkan di Sarawak

Antara kawasan yang terlibat ialah Kampung Tengah dengan 78 ketua isi rumah (KIR)/pintu dan seramai 337 mangsa terlibat; Kampung Hulu (55 KIR/pintu) dengan 263 mangsa; Kampung Hilir (94 KIR/pintu) dengan 486 mangsa; dan Rh Tanjung (14 KIR/pintu) dengan 43 mangsa.

Sehubungan itu, Fatimah menyeru agar pemimpin peringkat akar umbi dapat memainkan peranan masing-masing dengan melaporkan isu terputus bekalan air kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian atau Daerah supaya tindakan pantas dapat diambil.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru