ARTIKEL

JKM sedia hadapi banjir, sedia 17 pangkalan hadapan dan 631 PPS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak siap siaga menghadapi kemungkinan banjir susulan ketibaan monsun timur laut pada Disember ini dengan menyediakan 17 pangkalan hadapan.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, pangkalan hadapan diwujudkan bagi memudahkan penghantaran bantuan kepada mangsa yang terlibat.

“Ia berfungsi sebagai tempat menerima dan menyimpan bekalan bahan makanan, pakaian dan keperluan asas untuk diedarkan dan digunakan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan bagi tujuan pengurusan bencana

“Justeru, pangkalan hadapan masih diperlukan dalam persediaan menghadapi banjir kerana terdapat kawasan terutamamya di luar bandar sukar dihubungi dengan segera jika berlaku bencana,” katanya.

Fatimah berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan bantuan peniaga dan penjaja kecil di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 dan geran kepada Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Sarawak di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah JKM Sarawak Noriah Ahmad dalam taklimatnya memberitahu pihaknya telah sudah mengagihkan barang keperluan di semua pangkalan hadapan pada bulan lalu.

Mengenai PPS, katanya, terdapat 631 buah PPS dibuka di seluruh Sarawak dan dapat memuatkan sejumlah 188,360 orang.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

Kunjungan rumah terbuka tradisi masyarakat Sarawak

MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata,

BERITA TERBARU

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan