Trending

JKM sediakan peruntukan kepada pesakit yang memerlukan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel


BELADIN: Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak menyediakan peruntukan untuk pemberian bantuan kepada pesakit yang memerlukan kos perubatan yang tinggi bagi urusan pembedahan atau pembelian peralatan sokongan khas.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Mohammad Razi Sitam berkata, bantuan tersebut dikhususkan kepada anggota masyarakat yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan iaitu di bawah RM1,169.

Menurutnya, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg cukup peka dengan keperluan golongan terbabit yang pastinya sukar atau tidak mampu membiayai kos perubatan yang besar.

“Sehubungan itu, di bawah JKM Sarawak kita ada peruntukan yang diluluskan oleh Premier Sarawak.

“Mana-mana pesakit yang memerlukan kos perubatan yang agak besar dan berpendapatan di bawah garis kemiskinan, layak memohon.

“Saya risau ramai yang tidak mengetahui bantuan ini, maka saya berharap pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi boleh menguar-uarkan kepada semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sejambak Kasih Hari Raya Aidilfitri 2023 Peringkat Bahagian Betong (bagi Dun Beting Maro) di Dewan Masjid al-Amin dekat sini, hari ini.

Jelasnya, prosedur permohonan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) sebelum dibawa ke mesyuarat khas peringkat kementerian untuk dipertimbangkan.

RAZI SITAM, Razaili Gapor menyerahkan sumbangan wang tunai dan hamper kepada salah seorang penerima pada Majlis Sejambak Kasih Hari Raya Aidilfitri 2023 Peringkat Bahagian Betong (bagi Dun Beting Maro) di Dewan Masjid al-Amin dekat sini, hari ini. Turut kelihatan Shafizan Kepli. Foto. OSMAN RAZALI

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru