ARTIKEL

JKNS isytihar tujuh kluster baharu iaitu satu di Daerah Sri Aman dan enam di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytiharkan tujuh kluster baharu iaitu di Daerah Sri Aman (satu) dan Kuching (enam).

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), kluster Nanga Skrang di Sri Aman merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di Nanga Skrang Ulu di Daerah Sri Aman. Sejumlah 66 individu telah disaring dengan 27 kes dikesan positif Covid-19

“Kluster kedua ialah Skim Penempatan Stapok, Kuching yang merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah skim penempatan di Stapok, Kuching. Sejumlah 117 individu telah disaring dengan 26 kes telah dikesan positif Covid-19.

“Kluster lain-lain baharu di Kuching telah diisytiharkan pada namun tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

“Kluster terbabit ialah Asia Villa, Kuching yang melibatkan tiga generasi yang dikesan di sebuah kawasan perumahan di Asia Villa, Kuching. Sejumlah 83 individu telah disaring dengan 15 kes telah dikesan positif Covid-19 dan satu kematian.

“Kedua ialah kluster Jalan Rubber, Kuching yang melibatkan keluarga dan tempat kerja sebuah keluarga di sebuah kawasan perumahan di Jalan Rubber, Kuching. Sejumlah 155 individu telah disaring dengan 12 kes telah dikesan positif Covid-19 termasuk kes indeks,” jelasnya.

Tambahnya, kluster ketiga ialah Konsortium Bumi, Kuching yang melibatkan satu premis tempat kerja di Jalan Tun Jugah, Kuching. Sejumlah 84 individu telah disaring dengan lapan dikesan positif Covid-19.

Kata JPBN lagi, kluster keempat ialah KEMAS, Kuching yang melibatkan keluarga dan tempat kerja ini seorang penjawat awam yang bekerja di sebuah agensi kerajaan di Jalan Puncak Borneo, Kuching.

“Sejumlah 70 individu telah disaring dengan 10 kes telah dikesan positif Covid-19.

“Kluster terakhir ialah Singgahsana Lodge, Kuching yang melibatkan tiga buah keluarga yang dikesan di sebuah tempat pelancongan di Kuching.

“Sejumlah 66 individu telah disaring dengan 14 orang telah dikesan positif Covid-19 termasuk kes indeks,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU