ARTIKEL

JKR akan lakukan siasatan menyeluruh kejadian jalan runtuh berdekatan Kampung Haji Baki

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Siasatan secara menyeluruh akan dijalankan oleh agensi berkaitan mengenai kejadian jalan runtuh di Jalan Kuching-Bau berdekatan simpang lampu isyarat Kampung Haji Baki.

Dalam kejadian tengah malam tadi itu, seorang warga emas maut apabila van yang dipandunya terhumban ke dalam jalan yang runtuh tersebut.

Adun Batu Kitang Lo Khere Chiang yang menzahirkan kesedihan terhadap kejadian yang berlaku itu berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Air Kuching (LAK) telah berada di tempat kejadian untuk melakukan siasatan secara menyeluruh.

Adun Batu Kitang, Lo Khere Chiang.

“Disamping itu, JKR juga akan meneliti untuk membaik pulih jalan ini dengan segera,” jelasnya ketika lawatan ke program jangkauan vaksinasi bergerak di Dewan Serbaguna Kampung Semeba di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) memberitahu, LAK juga akan menyiasat kerosakan paip air yang membekalkan air untuk keseluruhan bandar raya ini.

“Ia berkemungkinan paip tersebut adalah paip lama, sekitar 20 ke 30 tahun. Namun saya tidak dapat mengulas punca kejadian.

“Oleh itu kita perlu menunggu laporan siasatan dari kedua-dua pihak kerana mereka memerlukan masa untuk menjalankan siasatan,” katanya lagi.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya