ARTIKEL

Aidel (duduk tengah) pada sidang media selepas menghadiri taklimat penyelarasan Projek Pembangunan Bahagian Bintulu di bilik mesyuarat JKR Bahagian Bintulu, petang semalam.

JKR Bintulu berjaya kurangkan bilangan projek lewat daripada 11 pada hujung 2022 kepada 1 sekarang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (Pembangunan Infrastruktur), Datuk Ir Aidel Lariwoo, berpuas hati dengan pencapaian Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Bintulu dalam mengurangkan bilangan projek lewat, termasuk projek kritikal lewat jadual.

Beliau berkata pencapaian tersebut amat membanggakan sekali gus membuktikan kecekapan pelaksanaan pengurusan projek oleh jabatan berkenaan selaku agensi pelaksana.

Ia susulan kejayaan JKR Bahagian Bintulu mengurangkan bilangan projek lewat daripada sebelas projek pada penghujung 2022 kepada hanya satu projek dalam tempoh setahun.

“Kita sangat berpuas hati dengan pencapaian di pihak Bahagian Bintulu di mana telah berjaya mengurangkan terutamanya projek kritikal lewat.

“Daripada 11 projek pada tahun lepas menjadi hanya satu projek sahaja sekarang, iaitu sebuah projek Persekutuan yang mengalami kelewatan, daripada 11 dalam tempoh setahun.

“Itu pencapaian yang sungguh baik di mana dapat membuktikan kecekapan pelaksanaan oleh agensi pelaksana JKR di sini,” katanya dalam sidang media usai menghadiri taklimat penyelarasan Projek Pembangunan Bahagian Bintulu di bilik mesyuarat JKR Bahagian Bintulu di sini, petang semalam.

Menurutnya, satu projek yang masih mengalami kelewatan membabitkan cadangan pembinaan 16 kuarters tambahan bagi kakitangan Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu yang telah dikategorikan sebagai projek kritikal lewat jadual.

“Pencapaian fizikal projek ini sebenarnya adalah 98.58 peratus ataupun hampir 99 peratus siap, cuma tinggal sikit lagi tetapi kontraktor telah meninggalkannya begitu sahaja, justeru pembinaannya yang berbaki satu peratus harus dipercepat,”katanya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee, ADUN Tamin, Ir Christopher Gira Sambang, Residen Bahagian Bintulu, Nyurak Keti, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Angelie Stephen Raja, yang mewakili ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang, Jurutera JKR Bahagian Bintulu, Lau Pit Hwa, pegawai kanan dan kakitangan JKR Bintulu.

Beliau dan rombongan kemudiannya mengadakan lawatan kerja ke tapak projek Pusat Pentadbiran Bersepadu (IAC) Bintulu di Jepak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU