ARTIKEL

Ibrahim berucap pada majlis penyerahan kuarters gunasama Persekutuan Bintulu, Sabtu petang.

JKR pantau penyelenggaraan pasca penyerahan projek

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Jabatan Kerja Raya (JKR) mengingatkan semua kontraktor supaya terus memegang amanah serta melaksanakan tanggungjawab sepanjang Tempoh Tanggungan Kecacatan (Defects Liability Period) dengan segera menyelesaikan setiap aduan berkaitan kecacatan yang diterima.

Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), Datuk Ir. Ibrahim Esa berkata, pihak JKR akan terus memantau setiap aspek penyelenggaraan pasca penyerahan bagi memastikan keseluruhan projek berfungsi dengan baik serta memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.

“Pihak Kementerian Kerja Raya dan JKR sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab membina serta menyerahkan projek berimpak tinggi yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan kuarters gunasama Persekutuan Bintulu, di sini, Sabtu petang.

Ibrahim turut menekankan bahawa semangat kerja berpasukan, profesionalisme serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh semua pihak merupakan cerminan kecemerlangan perkhidmatan awam yang perlu dipertahankan dan dibanggakan.

Pada masa sama, beliau merakamkan tahniah kepada seluruh pasukan projek atas kejayaan menyiapkan kuarters berkenaan, yang kini boleh digunakan segera selepas menerima sokongan daripada pihak Bomba dan Occupation Permit.

Beliau berharap fasiliti kuarters yang disediakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga penjawat awam di Bintulu.

Menurutnya, kemudahan itu bukan sahaja memberi keselesaan dan kesejahteraan, malah turut menyokong produktiviti, dedikasi serta kelangsungan perkhidmatan awam yang cemerlang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU