ARTIKEL

JKR Sarawak

JKR pasang penanda aras banjir sebagai tanda amaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SKRANG: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak memasang penanda aras banjir sebagai tanda amaran di sepanjang lokasi yang dinaiki air.

Ia antara tindakan segera yang diambil susulan kejadian banjir kilat yang berlaku di persimpangan pusingan-P, Batang Skrang (CH88 + 200) Pakej Kontrak Kerja 04 Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak.

Dalam kenyataan JKR semalam, sebagai langkah segera JKR Bahagian Sri Aman dan JKR Bahagian Betong telah memasang penanda aras banjir sebagai tanda amaran di sepanjang lokasi yang terjejas.

Selain itu menurutnya, pihak kontraktor bertindak menghantar dua Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) iaitu dari kedua-dua arah.

Sementara sebuah jentera pengorek turut ditempatkan berhampiran lokasi terjejas sebagai langkah bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang memerlukan jentera berkenaan.

Terdahulu menjelaskan punca insiden banjir kilat, laporan kajian dan siasatan mendapati hujan lebat selama empat hari bermula 23 Mei lalu tanpa henti menyebabkan paras air dari Batang Skrang melimpah.

Ia menyebabkan banjir di beberapa kawasan sekitar lokasi kejadian di samping fenomena air pasang besar.

Impaknya limpahan air hujan yang banyak gagal mengalir ke sungai dan mengakibatkan air mengalir semula ke kawasan daratan.

Bagaimanapun pemantauan sehingga 5 petang semalam, keadaan banjir mula surut dan beberapa kenderaan dilihat boleh melalui jalan berkenaan.

Pun demikian, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk berhati-hati dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

BERITA LAIN

Kapit berpotensi pengeluar utama koko

KOTA SAMARAHAN: Bahagian Kapit mempunyai potensi besar untuk dimajukan sebagai salah satu kawasan pengeluar utama koko di Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga

BERITA TERBARU

Malaysia kekal pertahan hak Palestin – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Malaysia kekal mempertahankan hak rakyat Palestin. Beliau berkata pendirian itu turut dinyatakan