ARTIKEL

JKR Sarawak mungkin cari kontrak penyelamat untuk siapkan Jambatan Rambungan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Projek penyiapan Jambatan Rambungan yang masih terbengkalai dan memasuki tahun kelapan sejak 2016, kini dalam proses semakan penamatan kontrak oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

Adun Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkata, keputusan itu diambil kira selepas mengadakan lawatan tapak kerja bersama-sama Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur) Ir Aidel Lariwoo, bulan lalu.

“Projek tersebut berada dalam keadaan sakit tenat dan kini dalam proses semakan penamatan oleh JKR Sarawak.

“Mungkin kita terpaksa mencari kontraktor penyelamat kerana jika diteruskan dengan kontraktor sedia, ia hanya dijangka siap pada bulan Disember tahun 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir ke majlis penyerahan sumbangan asnaf di surau An Nur Kampung Trusan Jaya Sematan.

Azizul berkata, beliau telah menyuarakan mengenai perkembangan jambatan terbabit sebelum ini memandangkan lapan jambatan lain sudah siap diikuti Lebuhraya Pan Borneo (LPB) jajaran Sematan hingga Moyan yang dijangka siap hujung tahun ini.

Adun Tanjong Datu itu turut mengakui terkilan berikutan sejak 2016 jambatan itu dijanjikan siap namun sehingga kini masih tersadai akibat kontraktor yang tidak bertanggungjawab.

“Alasan diberikan selalu mengatakan kurang sumber tenaga tetapi jika saya hendak berterus terang mereka sebenarnya malas, senang cerita malas nak buat kerja,” ujarnya.

Terdahulu, majlis penyerahan sumbangan menyaksikan seramai 35 golongan asnaf daripada 10 buah kampung di zon Sematan disantuni termasuk penempatan mualaf.

BERITA LAIN

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

BERITA TERBARU

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.

91 murid keracunan makanan, tiada kes kritikal

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin mengesahkan berlaku kes keracunan makanan melibatkan 91 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya semalam.