ARTIKEL

JKR Sarawak diminta baiki jambatan Nanga Tisa sebelum Gawai – Nanta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KAPIT: Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, meminta Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak menyegerakan pembaikan Jambatan Nanga Tisa di Sungai Yong yang runtuh pada 4 Mac lalu.

Beliau berkata, ini supaya penduduk di sekitar kawasan tersebut yang telah terputus hubungan dapat menggunakan jalan ke rumah panjang mereka sebelum perayaan Gawai pada 1 Jun nanti.

“Situasi ini menyebabkan penduduk dari dua rumah panjang berdekatan terputus hubungan selepas jambatan itu roboh.

“Difahamkan pihak berkuasa membuat laluan sementara atau lencongan untuk membolehkan aktiviti keluar masuk penduduk dari dan ke kawasan rumah panjang di sini,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Nanta, yang berkesempatan meninjau sendiri keadaan di lokasi itu, berkata kerja penilaian struktur tanah dan sebagainya bagi pelaksanaan kerja pembaikan sedang dilaksana oleh pihak berkuasa.

Ahli Parlimen Kapit itu turut menasihatkan semua penduduk agar mematuhi arahan pihak berkuasa dan sentiasa berwaspada dengan papan tanda halangan jalan yang diletakkan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU