ARTIKEL

BIDANG BAHARU…Joseph Kalang Tie.

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza.

Jika sepanjang tempoh 20 tahun lalu kelibatnya lebih dikenali sebagai pemain bola sepak profesional dengan fokusnya lebih terarah kepada tugasan sebagai pemain dalam melaksana tanggungjawab yang diamanahkan.

Namun, anak jati kelahiran Long Ikang Baram, Miri itu yang sebelum ini mengumum persaraan dari arena bola sepak kompetitif bergelar penolong jurulatih bagi skuad Piala Presiden Kuching City FC City B.

“Satu bidang tugas yang baharu bagi diri saya. Bayangkan 20 tahun bergelar pemain tetapi kini sebagai penolong jurulatih untuk skuad Piala Presiden Kuching City FC.

“Secara peribadi, saya akui dua bidang cabaran berbeza dialami sehingga ke hari ini,” ujar Joseph kepada Arena Suara Sarawak.

Sambil mengucap terima kasih kepada pihak pengurusan Kuching City FC atas kepercayaan diberikan kepada dirinya untuk bersama-sama pasukan muda itu.

Joseph yang merupakan bekas penggempur skuad kebangsaan suatu ketika dahulu menyifatkan bidang tugas baharu didampinginya ini suatu yang tidak kurang hebatnya dari segi cabaran.

Apa pun, beliau siap sedia menabur keringat dan berkongsi pengalaman untuk membentuk pasukan skuad Piala Presiden Kuching City FC B bagi menghadapi kempen liga musim ini.

BERITA LAIN

Sze Fei-Nur Izzudin tewas di final BAC 2024

KUALA LUMPUR: Hasrat beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani bergelar juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 tidak kesampaian selepas tewas di pentas final

Muhammad Azeem, rakan ungguli 4X100 meter di Florida

KUALA LUMPUR: Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, terus menampilkan larian bertenaga untuk membantu kuartet 4×100 meter (m) lelaki Universiti Auburn meraih pingat emas pada Kejohanan Olahraga

Joe Ee mungkin beraksi disiplin gelung di Tashkent

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022, Ng Joe Ee berkemungkinan beraksi dalam disiplin gelung pada Kejohanan Gimnastik Berirama ke-15 di Tashkent, Uzbekistan, dari 2 hingga

Darwin Nunez ‘hilang arah’ di Liverpool

KEUPAYAAN penyerang Liverpool, Darwin Nunez, selalu dibahaskan di Anfield tetapi beliau sering bejaya menghasilkan jaringan bagi kelab Merseyside itu. Ketika membahaskan kekalahan 3-0 Liverpool di

Pecahkan dominasi JDT musim ini – Azman Adnan

KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak Selangor, Azman Adnan, meletakkan harapan supaya pasukan lain mampu memberi tentangan terus-menerus kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang musim baharu

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman