ARTIKEL

Penyanyi hip-hop terkenal, Joe Flizzow.

Joe Flizzow impi duet bersama Rossa pada Konsert Divas & Diamonds

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap terkenal, yang juga penerbit muzik, Joe Flizzow, tidak akan melepaskan peluang untuk kembali berduet dengan penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa pada Konsert Divas & Diamonds.

Konsert itu bakal diadakan di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru, Johor pada 7 September akan datang.

Menurut Joe, atau nama sebenarnya Johan Ishak, dia dan Rossa mempunyai dua lagu duet berjudul ‘Katakan’ dan ‘One-Night Lover’.

Mereka berduet kali terakhir kira-kira sembilan tahun lepas pada Konsert Pesona Cinta Rossa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada 2015.

“Kedua-dua lagu duet itu adalah ciptaan saya, dan saya bertuah dapat berkolaborasi dengan Rossa kerana untuk melihat artis Indonesia yang menyanyikan lagu ciptaan dari luar, terutama Malaysia, agak susah.

“Jadi, untuk konsert kali ini, saya rancang untuk berduet dengan Rossa dan akan berbincang lanjut mengenai perkara ini.

“Walaupun sudah lama tidak melakukan persembahan bersama, tapi kami tetap berhubung,” kata Joe pada sidang media di sini semalam.

Joe diumumkan oleh pihak penganjur, Mega Eve Sdn Bhd, sebagai penyanyi keempat yang akan tampil membuat persembahan pada Konsert Divas & Diamonds selepas Rossa dan penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, serta Dayang Nurfaizah.

Pada konsert yang bakal berlangsung selama dua jam itu, Joe dan Rossa masing-masing akan diiringi oleh band mereka sendiri manakala Jamal dan Dayang pula akan diiringi oleh komposer terulung, Genervie Kam.

Berhubung penampilannya pada konsert tersebut, Joe berkata, ia adalah satu penghormatan baginya untuk berada sebaris dengan penyanyi ternama lain dan berharap dia dapat ‘memberikan’ persembahan yang terbaik buat peminat.

“Pada saya, peluang ini juga menggambarkan muzik genre hip-hop dalam negara dilihat semakin diterima baik dan berada pada tahap yang matang berbanding dahulu selepas melalui pelbagai cabaran.

“Jadi, saya akan cuba persembahkan ‘level of music’ yang mungkin orang sebelum ini tak berapa biasa lihat,” katanya.

Sementara itu, pengarah projek konsert tersebut, Aman Ali, berkata bahawa pemilihan barisan artis dibuat berdasarkan bakat mereka yang luar biasa, sangat dihormati dan telah menerima pelbagai anugerah dalam industri muzik.

“Konsert ini akan menampilkan lagu-lagu kegemaran sepanjang masa hingga ‘single hit’ terkini, oleh kesemua barisan artis nanti.

“Kami yakin persembahan ‘live’ itu akan menjanjikan pengalaman yang menakjubkan, dengan pentas, lampu dan bunyi yang inovatif,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket Konsert Divas & Diamonds 2024 di Ticket2u, www.ticket2u.com.my dan lima peratus daripada hasil jualan tiket akan disalurkan bagi menyokong bantuan di Gaza, Palestin. – BERNAMA (Mohd Afiq Zulkifli)

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya