ARTIKEL

Johari sahkan terima notis pemakluman kekosongan kerusi enam ahli BERSATU

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, hari ini mengesahkan beliau telah menerima notis pemakluman tentang kekosongan kerusi di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, membabitkan enam Ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Johari berkata notis tersebut diserahkan oleh Ketua Whip BERSATU, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, kepadanya pada Jumaat lepas.

“Surat sudah dapat Jumaat lepas daripada (Ahli Parlimen) Beluran. Mengikut undang-undang, saya ada 21 hari untuk mengkaji.

“Insya-Allah, sebaik saya ada jawaban, saya akan panggil anda (pemberita) untuk maklumkannya. Saya akan usahakannya,” katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan pameran seni sempena 55 tahun hubungan diplomatik Malaysia-Romania di Bangunan Parlimen, hari ini.

Pada Khamis lepas, Ronald dalam satu kenyataan memaklumkan notis pemakluman kekosongan kerusi enam Ahli Parlimen BERSATU, yang terhenti keahliannya secara serta-merta, telah diserahkan dan diterima oleh pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Ia membabitkan kerusi Parlimen Jeli dan Gua Musang (Kelantan), Bukit Gantang dan Kuala Kangsar (Perak), Tanjong Karang (Selangor) dan Labuan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

BERITA TERBARU