ARTIKEL

Johnny Pang Leong Ming mengacau bubur pedas sempena program gotong-royong memasak bubur pedas di Kampung Jabai.

Johnny Pang sertai gotong-royong masak bubur pedas di Kampung Jabai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Semangat kebersamaan sempena Ramadan terserlah di Kampung Jabai apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming turun padang menyertai penduduk menyediakan serta mengagihkan kira-kira 300 pek bubur pedas kepada komuniti setempat.

Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jabai dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Darul Islam Kampung Jabai dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Jabai itu menjadi platform mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat sepanjang bulan Ramadan.

Johnny Pang Leong Ming mengagihkan bungkusan bubur pedas kepada wakil komuniti setempat di Kampung Jabai.

Turut memeriahkan program tersebut ialah penduduk kampung yang bergotong-royong menyediakan hidangan tradisi Sarawak itu sejak awal tengah hari sebelum diagihkan kepada komuniti sekitar menjelang waktu berbuka puasa.

Menurut Johnny Pang, tradisi memasak bubur pedas secara bergotong-royong setiap kali Ramadan bukan sahaja mengekalkan warisan makanan masyarakat Sarawak, malah berperanan memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk.

“Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan dan peluang untuk kita berkongsi rezeki serta memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika ditemui pada program tersebut.

Beliau berkata aktiviti seperti ini juga memberi ruang kepada masyarakat pelbagai latar belakang untuk berkumpul, saling membantu dan memupuk nilai kerjasama demi kesejahteraan komuniti.

Pada majlis itu, Johnny Pang turut menyertai gimik mengacau bubur pedas di dalam kawah besar sebagai simbolik pelancaran program sebelum hidangan tersebut diagihkan kepada wakil penduduk dan komuniti sekitar Kampung Jabai.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU