Trending

Jojo boleh jadi juara dunia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

ASAJAYA: Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah percaya Atlet Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfika atau dikenali sebagai Jojo berpotensi menjadi juara dunia dalam bidang tersebut.

Justeru Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak itu menegaskan akan memberi sokongan demi memastikan karier atlet muda terbabit untuk lebih berkembang dari masa ke semasa.

Jelasnya, atlet berusia 16 tahun itu antara bakat muda yang diberi perhatian sejak daripada penyertaannya dalam Sukan Malaysia (SUKMA) tahun lalu hingga kini.

“Kita sentiasa memberi sokongan sama ada dari segi kewangan atau moral. 

“Perkara itu bukan sahaja melibatkan sukan Muay Thai, lain-lain sukan sama ada tersenarai atau tidak dalam Sukma memang kita bantu,” katanya.

Beliau bercakap demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvoi  Konvoi Kembara Sarawak Merdeka 60 Tahun Peringkat Bahagian Samarahan Daerah Asajaya di Kompleks Sukan Asajaya, hari ini.

Tegas Karim, hasil kejayaan Jojo banyak didedikasikan oleh ibu bapanya yang memang dilihat komited terhadap perkembangan anak-anak dalam sukan terbabit.

“Saya melihat kemenangan beliau (Jojo) merupakan hasil dorongan penuh yang diberikan oleh ibu bapanya yang saya percaya ia memberikan impak cukup kuat sekali buat beliau.

“Sebab itulah apa-apa jenis sukan kalau sokongan daripada keluarga padu sudah pasti kejayaan akan mendatang,” jelasnya.

Beliau sambil itu menzahirkan ucapan tahniah terhadap Jojo atas kejayaannya memenangi gelaran juara untuk kali ketiga pada pentas ONE Championship.

Untuk rekod, Jojo berjaya menumbangkan lawan dari Thailand, Samurai Seeopal di Stadium Lumpinee, Bangkok pada Jumaat

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru